Monday, 29 June 2015

Program bersama pelajar PERTES SIS



BERSAMA PERTES SIS


Assalamualaikum buat semua..

Pada 22 hingga 24 mei yang lalu, pelajar tingkatan enam syariah sekolah izzuddin shah ( PERTES SIS ) telah mengadakan program bersama anak-anak yatim Nurul Ihsan. Pelbagai aktiviti, motivasi yang diberikan, ceramah yang bermanfaat telah dijalankan. Diantaranya seperti gotong royong membersihkan kawasan sekitar YNI, memasak, kuliah subuh, bersukan dan banyak lagi.

Semoga selama tiga hari mereka bersama anak-anak di Nurul Ihsan memberi banyak manfaat kepada semua pelajar.. Selain itu juga, pelajar SIS turut memberi sumbangan untuk kegunaan anak-anak yatim disini.. Semoga murah rezeki mereka semua.

Jom tengok gambar-gambar mereka bersama pelajar2 PERTES SIS.

Klik pada gambar untuk lihat gambar seterusnya










Tuesday, 23 June 2015

Majlis berbuka di pelajar YNI


Assalamualaikum semua..

hari ini sudah hari keenam kita berpuasa.. Alhamdulillah setakat ini sudah tiga orang yang memberi sumbangan sempena majlis berbuka puasa bagi pelajar-pelajar YNI..

Pada 19 Jun yang lepas, sumbangan telah diterima dari Puan Shakila. Oleh itu, pihak YNI telah putuskan untuk order nasi ayam, 4 jenis kuih dan 2 jenis air..  Majlis berbuka ini dibuat di dewan makan asrama YNI sahaja..

Pada 20 Jun pula, kami telah mendapat jemputan dari en Nazri untuk berbuka di masjid Pulau Mentimun. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan sedikit tahlil, iftar ringan, solat maghrib, iftar berat, solat isya' terus solat terawih.

Pada 22 Jun pula, seorang hamba Allah yang mulia dirahsiakan identitinya.. Pelbagai menu telah dimasak oleh chef kita ( sae dan jiha ). Majlis ni juga di dewan makan YNI sahaja..

Semoga ada lagi yang sudi memberi sumbangan atau menjemput pelajar-pelajar YNI untuk berbuka bersama-sama.. semoga rezeki anda semua sentiasa murah.. Aminn....



 moreh di masjid
click pada gambar untuk ke album gambar
(MOREH DI MASJID PUALU MENTIMUN)


 GELAGAT DI DEWAN MAKAN
click pada gambar untuk ke album gambar
IFTAR DI DEWAN MAKAN YNI

Friday, 19 June 2015

Syukur PadaMu



Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah sudah dua hari kita berpuasa.. Kami pihak YNI juga bersyukur diatas segala sumbangan yang telah diberikan kepada semua pelajar YNI. Diharap pihak-pihak berkenaan akan sentiasa dilimpahi rahmat dan murah rezekinya...


Wednesday, 17 June 2015

Majlis Akikah



Assalamualaikum buat semua..

Syukur hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa pada tahun ini. Diharap pihak yayasan belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga rezeki kita semua sentiasa murah.

Selain itu, pada 16 Jun yang lepas, seorang hamba Allah yang mulia telah membuat majlis akikah di asrama Yayasan Nurul Ihsan ini. Jamuan dibuat untuk pelajar dalam dan luar asrama YNI .  Di samping itu, pihak kami juga mmbuat sedikit tahlil dan penyerahan beras dan bihun kepada anak2 yatim luar asrama.. Semoga ia dapat membantu meringankan beban mereka yang menerimanya. 







nak tengok lagi gambar di majlis akikah boleh click album MAJLIS AKIKAH ni.. ok..

Sekian..



Tuesday, 9 June 2015

Latar belakang asrama


LATAR BELAKANG ASRAMA


Asrama kebajikan anak-anak yatim Nurul Ihsan ini merupakan salah satu asrama yang diuruskan oleh Yayasan Nurul Ihsan. Asrama ini telah ditubuhkan sejak tahun 2003 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2005 di bawah akta pertubuhan NO PENDAFTARAN : (1714 - 05 - 4 ). Kompleks asrama seluas 8 ekar lebih telah dimajukan berkapasiti penuh 80 anak-anak yatim bagi memberi keselesaan kepada kehidupan dan pembelajaran.

VISI

Visi asrama Nurul Ihsan ialah menyediakan satu prasarana di dalam suasana Islam sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara.

MISI

  • Membantu serta mengumpul anak-anak yatim di bawah satu bumbung
  • Menjaga, mendidik dan mengasuh anak-anak yatim dengan didikan Isalam yang sempurna.
  • Membiayai dan menguruskan persekolahan serta sara hidup mereka.
  • Menerima dan mentadbir sumbangan daripada masyarakat untuk anak-anak yatim.
  • Memberi nikmat kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu dan ayah.
  • Menjalinkan kasih sayang di antara anak yatim, dan masyarakat luar umumnya yang sama-sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai Allah dan sunnah Rasul.

Friday, 5 June 2015

Program Infaq Pakaian Sekolah Bersama JPJ.

INFAQ PAKAIAN


Assalamualaikum....

Syukur kehadrat Illahi.. Pada awal tahun ini pelajar Yayasan Nurul Ihsan telah mendapat sumbangan kelengkapan pakaian dan peralatan sekolah daripada JPJ Kuala Kangsar. Pada 8 Januari yang lalu, pihak JPJ telah menjalankan program infaq pakaian sekolah anak yatim Nurul Ihsan dan JPJ negeri Perak di stesen penguatkuasa Kuala Kangsar. Mereka telah menyumbang kelengkapan sekolah kepada 56 orang anak yatim Yayasan Nurul Ihsan. Pihak pengurusan Yayasan Nurul Ihsan sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan. Semoga ianya berpanjangan.


Banner 



Skuad muda Perak 








Thursday, 4 June 2015

Latar Belakang Yayasan Nurul Ihsan



YAYASAN NURUL IHSAN ditubuhkan sejak tahun 2013 dan telah berdaftar secara rasmi dengan BHEUU JPM. (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri).



Yayasan ini ditubuhkan untuk menyahut cabaran Kerajaan untuk membina MODAL INSAN dan Anak-anak Yatim serta Ibu Tunggal adalah pilihan kami untuk dibangunkan Insya Allah.

Yayasan ini juga mengendalikan rumah kebajikan anak-anak yatim dan miskin. 

Wednesday, 3 June 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.. buat semua yang dihormati.. Blog Yayasan Nurul Ihsan masih lagi di dalam proses pembaikan.. harap maklum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

YNI

.

Hubungi Kami

Name

Email *

Message *

 
Blogger Templates