assalamualaikum....
Alhamdulillah proses pembukaan maahad tahfiz kami bagi cawangan di Raub sudah hampir siap sepenuhnya.. semoga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Jika ada yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi kami.
Pendaftaran online telah dibuka, bagi sesiapa yang berminat boleh layari laman sesawang www.maahadtahfizaddin.edu.my atau boleh hubungi Ustaz Sham 019-5774553 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syaratnya.
Bayaran bagi kemasukan ke maahad tahfiz adalah :
Pendaftaran : RM660.00
Yuran Bulanan : RM300.00
Anak Yatim : Percuma.
Tuesday, 27 October 2015
Tuesday, 1 September 2015
58 rakit merdeka sehati sejiwa anak-anak yatim dan maahad tahfiz perak
assalamualaikum buat semua....
Bersempena menyambut hari kemerdekaan 2015, pihak Yayasan Nurul Ihsan akan menganjurkan program berakit bersempena 58 tahun merdeka ( semarak merdeka anak-anak yatim dan tahfiz Perak ). Sebanyak 58 buah rakit akan menyusuri sungai Perak bersama anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan juga warga belia.
Program ini merupakan anjuran Yayasan Nurul Ihsan dengan kerjasama belia (MBFM). Laluan program rakit ini bermula dari asrama anak-anak yatim nurul ihsan sehingga ke arena square K.Kangsar ( sg.pelus - sg. perak ). Perasmian pelepasan rakit ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hj Zulkafly Bin Hj Harun ADUN LINTANG dan perasmian penutupnya disempurnakan oleh Y.B Dato’ Ar. Wan Mohammad Khai-il Bin Wan Ahmad Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Semoga program2 sebegini akan mendapat sambutan hebat daripada semua pihak dimasa akan datang.
click gambar |
kategori
asrama yni,
pda,
pla,
program,
yni
Friday, 21 August 2015
Assalamualaikum...
Pada 10 Julai 2015 yang lalu, ketua JPJ Ipoh bersama anak buahnya telah datang ke YNI untuk memberi sumbangan buat warga YNI. Antara barang sumbangan adalah seperti keperluan makanan harian dan sumbangan wang. Kami pihak YNI mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah dibuat.. Syukur Alhamdullah...
click pada gambar untuk ke album |
Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;
Akaun YAYASAN NURUL IHSAN:-
MAYBANK : 558-435-103-861
Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti keperluan peribadi, makanan dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;
Yayasan Nurul Ihsan,
Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim,
Kampung Talang Tengah,
31120 Sungai Siput (u),
Perak Darul Ridzuan.
Monday, 10 August 2015
Sumbangan
Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;
Akaun YAYASAN NURUL IHSAN:-
MAYBANK : 558-435-103-861
Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti keperluan peribadi, makanan dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;
Yayasan Nurul Ihsan,
Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim,
Kampung Talang Tengah,
31120 Sungai Siput (u),
Perak Darul Ridzuan.
Tuesday, 28 July 2015
ALPHARD VELFIRE CLUB
ALPHARD VELFIRE CLUB
Assalamualaikum buat semua..
Pada hari selasa yang lepas bersamaan 7 Julai 2015, pihak Perak Alphard Velfire club telah menaja majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Nurul Ihsan pada 7 julai 2015 bertempat di dewan terbuka kompleks asrama anak-anak yatim Yayasan Nurul Ihsan. Pihak club jugak telah memberi sedikit sumbangan kepada pihak pengurusan YNI dan juga duit raya kepada pelajar-pelajar Yayasan Nurul Ihsan.
click gambar untuk ke album |
Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;
Akaun YAYASAN NURUL IHSAN:-
MAYBANK : 558-435-103-861
Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti keperluan peribadi, makanan dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;
Yayasan Nurul Ihsan,
Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim,
Kampung Talang Tengah,
31120 Sungai Siput (u),
Perak Darul Ridzuan.
kategori
asrama yni,
iftar,
program,
sumbangan
A BRIGHT DAY WITH ORPHAN
Selamat pagi semua...
Cerita pada bulan 3 yang lalu... ''
Sekumpulan pelajar pelajar kolej telah menjalankan program khidmat komuniti dan aktiviti santai bersama sama pelajar YNI. Mereka semua merupakan pelajar pelajar UNITAR Ipoh.
Seramai 40 orang pelajar UNITAR telah turut serta bersama seorang pensyarah pengiring meraka.. Manakala pelajar dari YNI pula adalah seramai 35 orang sahaja.
Antara aktiviti yang telah mereka jalankan adalah seperti senaman aerobik, gotong royong, memasak, sukaneka, LDK dan sebagainya...
aktiviti ini dijalankan pada 29 March 2015 yang lepas.
klik gambar untuk gambar seterusnya |
JAMUAN RAYA
Assalamualaikum buat semua...
Syukur semalam semua pelajar YNI telah mendapat jemputan dari kumpulan kontraktor untuk ke jamuan raya yang diadakan di sebelah kolam renang Kuala Kangsar.. Jemputan VIP yang turut hadir adalah DO dan YB kuala kangsar... Mereka juga telah memberi sumbangan kepada pihak YNI dan juga duit raya kepada semua pelajar...
klik gambar untuk gambar seterusnya |
kategori
asrama yni,
pda,
program,
raya,
sumbangan
Friday, 24 July 2015
PENDAFTARAN MAAHAD
Assalamualaikum buat semua...
Untuk pengetahuan semua, selain daripada pusat kebajikan anak-anak yatim, Yayasan Nurul Ihsan juga telah menubuhkan maahad tahfiz. Maahad tahfiz ini akan dibuka di Kg Bukit Pampong Raub Pahang. Maahad ini telah diberi nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin, Kg Bukit Pampong, Raub, Pahang.
Pendaftaran online telah dibuka, bagi sesiapa yang berminat boleh layari laman sesawang www.maahadtahfizaddin.edu.my atau boleh hubungi Ustaz Sham 019-5774553 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syaratnya.
Bayaran bagi kemasukan ke maahad tahfiz adalah :
Pendaftaran : RM660.00
Yuran Bulanan : RM300.00
Anak Yatim : Percuma.
Monday, 6 July 2015
Sumbangan dari KADIR
Asslamualaikum buat semua...
Syukur alhamdulillah..
Pada 5 julai yang lepas bersamaan 18 ramadhan.. Pihak Yayasan Nurul Ihsan telah menerima sumbangan daripada Kemajuan Islam Darul Ridzuan ( KADIR ). Penyerahan cek tersebut telah dilaksanakan di kediaman menteri besar perak. Ia telah diserahkan kepada En Noorhadi Mohd Shaharim sebagai pengarah Yayasan Nurul Ihsan. Sayangnya MB tidak dapat turut serta kerana menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Semoga sumbangan yg diterima dapat memberi banyak manfaat dan kegunaannya kepada para pelajar di bawah jagaan YNI ini.
Penyerahan cek |
Monday, 29 June 2015
Program bersama pelajar PERTES SIS
BERSAMA PERTES SIS
Assalamualaikum buat semua..
Pada 22 hingga 24 mei yang lalu, pelajar tingkatan enam syariah sekolah izzuddin shah ( PERTES SIS ) telah mengadakan program bersama anak-anak yatim Nurul Ihsan. Pelbagai aktiviti, motivasi yang diberikan, ceramah yang bermanfaat telah dijalankan. Diantaranya seperti gotong royong membersihkan kawasan sekitar YNI, memasak, kuliah subuh, bersukan dan banyak lagi.
Semoga selama tiga hari mereka bersama anak-anak di Nurul Ihsan memberi banyak manfaat kepada semua pelajar.. Selain itu juga, pelajar SIS turut memberi sumbangan untuk kegunaan anak-anak yatim disini.. Semoga murah rezeki mereka semua.
Jom tengok gambar-gambar mereka bersama pelajar2 PERTES SIS.
Klik pada gambar untuk lihat gambar seterusnya |
Tuesday, 23 June 2015
Majlis berbuka di pelajar YNI
Assalamualaikum semua..
hari ini sudah hari keenam kita berpuasa.. Alhamdulillah setakat ini sudah tiga orang yang memberi sumbangan sempena majlis berbuka puasa bagi pelajar-pelajar YNI..
Pada 19 Jun yang lepas, sumbangan telah diterima dari Puan Shakila. Oleh itu, pihak YNI telah putuskan untuk order nasi ayam, 4 jenis kuih dan 2 jenis air.. Majlis berbuka ini dibuat di dewan makan asrama YNI sahaja..
Pada 20 Jun pula, kami telah mendapat jemputan dari en Nazri untuk berbuka di masjid Pulau Mentimun. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan sedikit tahlil, iftar ringan, solat maghrib, iftar berat, solat isya' terus solat terawih.
Pada 22 Jun pula, seorang hamba Allah yang mulia dirahsiakan identitinya.. Pelbagai menu telah dimasak oleh chef kita ( sae dan jiha ). Majlis ni juga di dewan makan YNI sahaja..
Semoga ada lagi yang sudi memberi sumbangan atau menjemput pelajar-pelajar YNI untuk berbuka bersama-sama.. semoga rezeki anda semua sentiasa murah.. Aminn....
click pada gambar untuk ke album gambar
(MOREH DI MASJID PUALU MENTIMUN)
click pada gambar untuk ke album gambar
IFTAR DI DEWAN MAKAN YNI
kategori
asrama yni,
iftar,
pda,
program,
sumbangan
Friday, 19 June 2015
Syukur PadaMu
Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah sudah dua hari kita berpuasa.. Kami pihak YNI juga bersyukur diatas segala sumbangan yang telah diberikan kepada semua pelajar YNI. Diharap pihak-pihak berkenaan akan sentiasa dilimpahi rahmat dan murah rezekinya...
Wednesday, 17 June 2015
Majlis Akikah
Assalamualaikum buat semua..
Syukur hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa pada tahun ini. Diharap pihak yayasan belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga rezeki kita semua sentiasa murah.
Selain itu, pada 16 Jun yang lepas, seorang hamba Allah yang mulia telah membuat majlis akikah di asrama Yayasan Nurul Ihsan ini. Jamuan dibuat untuk pelajar dalam dan luar asrama YNI . Di samping itu, pihak kami juga mmbuat sedikit tahlil dan penyerahan beras dan bihun kepada anak2 yatim luar asrama.. Semoga ia dapat membantu meringankan beban mereka yang menerimanya.
nak tengok lagi gambar di majlis akikah boleh click album MAJLIS AKIKAH ni.. ok..
Sekian..
kategori
asrama yni,
pda,
pla,
program
lokasi kami
Sungai Siput, Perak, Malaysia
Tuesday, 9 June 2015
Latar belakang asrama
LATAR BELAKANG ASRAMA
Asrama kebajikan anak-anak yatim Nurul Ihsan ini merupakan salah satu asrama yang diuruskan oleh Yayasan Nurul Ihsan. Asrama ini telah ditubuhkan sejak tahun 2003 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2005 di bawah akta pertubuhan NO PENDAFTARAN : (1714 - 05 - 4 ). Kompleks asrama seluas 8 ekar lebih telah dimajukan berkapasiti penuh 80 anak-anak yatim bagi memberi keselesaan kepada kehidupan dan pembelajaran.
VISI
Visi asrama Nurul Ihsan ialah menyediakan satu prasarana di dalam suasana Islam sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara.
MISI
- Membantu serta mengumpul anak-anak yatim di bawah satu bumbung
- Menjaga, mendidik dan mengasuh anak-anak yatim dengan didikan Isalam yang sempurna.
- Membiayai dan menguruskan persekolahan serta sara hidup mereka.
- Menerima dan mentadbir sumbangan daripada masyarakat untuk anak-anak yatim.
- Memberi nikmat kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu dan ayah.
- Menjalinkan kasih sayang di antara anak yatim, dan masyarakat luar umumnya yang sama-sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai Allah dan sunnah Rasul.
Friday, 5 June 2015
Program Infaq Pakaian Sekolah Bersama JPJ.
INFAQ PAKAIAN
Assalamualaikum....
Syukur kehadrat Illahi.. Pada awal tahun ini pelajar Yayasan Nurul Ihsan telah mendapat sumbangan kelengkapan pakaian dan peralatan sekolah daripada JPJ Kuala Kangsar. Pada 8 Januari yang lalu, pihak JPJ telah menjalankan program infaq pakaian sekolah anak yatim Nurul Ihsan dan JPJ negeri Perak di stesen penguatkuasa Kuala Kangsar. Mereka telah menyumbang kelengkapan sekolah kepada 56 orang anak yatim Yayasan Nurul Ihsan. Pihak pengurusan Yayasan Nurul Ihsan sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan. Semoga ianya berpanjangan.
Banner |
Skuad muda Perak |
lokasi kami
Sungai Siput, Perak, Malaysia
Thursday, 4 June 2015
Latar Belakang Yayasan Nurul Ihsan
YAYASAN NURUL IHSAN ditubuhkan sejak tahun 2013 dan telah berdaftar secara
rasmi dengan BHEUU JPM. (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana
Menteri).
Yayasan ini ditubuhkan untuk menyahut cabaran Kerajaan untuk membina MODAL
INSAN dan Anak-anak Yatim serta Ibu Tunggal adalah pilihan kami untuk
dibangunkan Insya Allah.
Yayasan ini juga mengendalikan rumah kebajikan anak-anak yatim dan miskin.
Wednesday, 3 June 2015
Salam Perkenalan
Assalamualaikum.. buat semua yang dihormati.. Blog Yayasan Nurul Ihsan masih lagi di dalam proses pembaikan.. harap maklum..
Subscribe to:
Posts (Atom)